Tahun baru yang bermasalah
Assalammualaikum semua... Aku sebenarnya bengang sikit dengan masalah-masalah yang timbul pada awal tahun baru ni. Masalah tu bermula pada 24.12.2022 kerana masa tu tak dapat baj buat kerja part time. Dah lah rate dia tinggi masa tu. Apa tidak nya.. Road tax kereta aku dah nak abis. Berbaki berapa hari je lagi. Kena buat puspakom lagi. Banyak benda kena buat. Minggu depan pulak lesen kereta pulak mati. Adus pening... aku decide nak buat sekarang. Cuma beza satu hari je road tax ngan lesen tu. Rupa nya lesen tu boleh di buat 3 tahun lebih awal dari tarikh lesen mati. Abg JPJ la cakap macam tu. Jadi aku target masuk tahun baru dapat lah buat part time job. Tapi dokumen kena submit secara atas talian dulu. 3 hari dorang amek masa nak proses. Kena reject pulak. Submit lagi. reject lagi. Aku rasa 3 kali kot kena reject. Lagi pon dorang tak kasi tau sebab apa kena reject. Masa makan kat kedai tu. Aku tengok lagi dokumen tu. Reject lagi. Sepantas kilat aku submit yang baru. tetiba ...